assalamualaikum Pictures, Images and Photos

bismillah Pictures, Images and Photos

Anda bosan menempuh hiruk pikuk kesesakan jln raya atau letih seharian bekerja, jgn risau kami menyediakan penghantaran hingga ke pintu rumah anda (mengikut syarat) .

Untuk makluman anda, kami merupakan kedai biz online yang menawarkan servis makanan untuk 500 order ke bawah.

Servis kami merangkumi tempahan bagi Jamuan, Hari Lahir, Kenduri Doa Selamat, Mesyuarat atau individu yg ingin rasa masakan kami.

Kami amat menitikberatkan aspek kebersihan, kualiti serta mutu perkhidmatan yg pastinya akan memberikan kepuasan kepada setiap pelanggan kami. Sekian.

Hy, welcome to our biz online. Here, we serve food for any occasion in Klang Valley & Selangor only. Our services included free delivery (terms & condition) for packet food only. Thank you.

24.6.09

Penduduk dua kampung gempar kemunculan lembaga putih

Demam nampak pocong


KAWASAN pokok kekabu ini didakwa pocong sering kelihatan di Kampung Baru Sungai Ara, Bayan Lepas.


BAYAN LEPAS - Dalam keadaan semakin ramai warga Lembah Klang bimbang dan demam kerana wabak influenza A (H1N1), situasi yang sama dialami penduduk dua buah kampung di sini, bezanya mereka bukan takut virus selesema babi itu tetapi lembaga putih yang didakwa pocong.

Beberapa penduduk mendakwa pocong itu mula dilihat di Kampung Masjid di Teluk Kumbar, di sini dan Kampung Baru Sungai Ara yang terletak kira-kira 15 kilometer dari situ sejak bulan lalu.

Kisah pocong itu tersebar cepat dan meluas sehingga orang ramai mula fobia untuk keluar malam, baik di kalangan pekerja yang tamat syif di kilang-kilang berdekatan mahupun remaja bermotosikal yang dulu selalu berkonvoi ke Pekan Bayan Lepas.




Di Kampung Masjid, pocong itu didakwa pertama kali muncul bulan lalu tidak jauh dari kawasan kubur kira-kira pukul 3 pagi.

Ia disusuli dengan cerita penduduk lain yang turut ternampak lembaga yang sama di sekitar kawasan itu pada lewat malam dan awal pagi.

Antara yang mendakwa ternampak lembaga itu dekat perdu buluh di kampung tersebut pada kira-kira 1 pagi, 28 Mei lalu ialah Azril Idris, 25.

Pada waktu itu Azril berehat bersama rakannya, Syed Fadzil Syed Mohdin sebelum dikejutkan dengan kemunculan seorang jiran wanita menjerit-jerit mengatakan terserempak lembaga dekat rumahnya.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Senarai On9 shop